31 Julai 2008 (Khamis)
7.30 Sampai sekolah SKRCB
7.40 Masuk dalam makmal komputer. Buka semua komputer untuk persediaan kami bertiga
mengajar.
8.00 Membuat persediaan mengajar dan bahan bantu mengajar dalam power point. Tajuk
tanaman hiasan- Menyediakan medium semaian. Dapatkan gambar-gambar peralatan
medium semaian dari internet. Internet agak perlahan ambil masa sedikit.
11.05 Masuk kelas 4 pintar. Mengajar tajuk medium semaian. Persembahan dalam bentuk
power point. Pelajar dikendaki menyalin maklumat seperti paparan skrin dalam fail MS
word. dan simpan dalam folder sendiri. Pelajar juga diberi peluang menjawab 14 soalan
objektif.
12.05 Tamat P&P. Membantu Cikgu Abu membuat penyelenggaraan komputer. Cuba membuat
tayangan vedio untuk persediaan pertunjukkan esok program hari usahawan. Malangnya
tengah melihat tayangan LCD meletup tiba-tiba bulb terbakar.
1.35 Pelajar balik
2.00. Kami tiga orang stayback sampai petang untuk membuat kerja En.Azman yang berkaitan
dengan peranti dan rangkaian. Ambil gambar mana yang patut.
3.30 Balik.
by Jeff
|
30 Julai 2008 (Rabu)
7.35 Sampai ke sekolah.
Aktiviti senaman aerobik telah bermula di padang sekolah semua guru dan pelajar berada
di padang sekolah.
8.00 Masuk ke makmal komputer. Membuat persediaan mengajar untuk esok.
Mata pelajaran KHB tajuk menyediakan medium semaian.
9.00 Membuat penyelenggaraan komputer di makmal.
10.00 Memuat turun bahan dari internet yang berkatan dengan tajuk untuk P&P esok.
11.00 Membuat refleksi untuk semalam dan hari ini.
2.00 Balik.
by Jeff
|
29 Julai 2008 (selasa)
7.35 Sampai sekolah.
Pegawai-pegawai pendidikan daerah Alor Gajah datang memantau di SKRCB. Semua guru mengajar seperti biasa.
7.40 Masuk ke makmal komputer membuka semua komputer untuk persediaan P&P
dalam mod standby
8.00 Membuat persediaan mengajar dalam bentuk power point untuk tajuk tumbuhan akuatik
KHB tahun 5, dibawah tajuk ikan hiasan.
Memuat turun gambar-gambar tumbuhan akuatik yang berkaitan persediaan untuk
keadaan offline.
11.05 Masuk kelas releaf 5 Best. Guru Pendidikan Islam tiada di sekolah.
12.35 Mengajar KHB tajuk tumbuhan akauatik untuk ikan hiasan. Pelajar 5 Best masuk ke
makmal komputer. Penyampaian P&P menggunakan Power Point. Pelajar memuat turun
gambar tumbuhan akuatik dari internet dan simpan dalam folder sendiri.
1.35 Pelajar balik.
2.00 balik.
by Jeff
|
Hari Isnin (28 Julai 2008)
Sampai sekolah 7.35 pagi.
Minggu ini saya di lantik sebagai salah seorang guru bertugas bersama dengan Pn. Hazima dan Pn. Noraishah. Guru bertugas di kehendaki mengendalikan perhimpunan pagi.
7.40 Nyanyian lagu negaraku
Melaka maju jaya
Wawasan pendidikan
Asmaul Husna.
7.50 Ucapan guru bertugas.
Saya memperkenalkan diri dan guru bertugas sepanjang minggu ini kepada semua pelajar.
Seterunya saya menyampaikan tazkirah kepada pelajar, bertajuk "Adab-Adab bersama
guru".
8.00 Minggu ini merupakan minggu panatia seni, sivik dan kemahiran hidup.
Aktiviti minggu sivik, P. seni, dan Kemahiran hidup
Selasa: Siaran radio Bicara tokoh
Pertandingan mewarna P.seni
Rabu : Siaran radio Bicara tokoh
Kuiz sivik
Khamis : Siaran radio Bicara tokoh
Jumaat : Hari Usahawan Kemahiran hidup.
Pelajar tahun 5P membuat persembahan - sketsa berkaitan dengan adab dan tingkah laku
pelajar semasa belajar. Sketsa di kendalikan oleh Pn. Nor Haslina Aliasan.
Pelajar 5 Bestari - Nor Farhana. Menyampaikan sajak bertajuk "Jikalau engkau"
8.15 Ucapan pentadbir.
Pn. Jemaah GPK1 mengingatkan pelajar tentang amalan memberi salam kepada guru atau
pegawai yang datang melawat ke sekolah. Pelajar-pelajar juga diingatkan agar tidak
keluar dari kelas sewenang-wenangnya semasa waktu pertukaran guru.
8.20 Bacaan doa oleh pelajar.
Perhimpunan tamat.
11.05 Kelas Kemahiran Hidup 4B
Tajuk tanaman hiasan.
12.05 Kelas Kemahiran Hidup 5p
Tajuk Ikan hiasan
1.05 Membuat RPH untuk esok dan refleksi.
2.05 Balik.
by Jeff
|
Hari pertama menghadiri latihan mengajar kami bertemu dengan guru besar dan guru penyelaras makmal komputer, beliau menyatakan bahawa hanya empat buah sahaja komputer yang boleh berfungsi dengan baik, yang lainnya bermasalah.
Oleh itu kami bertiga terpaksa membuat penyelenggaraan dan baik pulih mana yang termampu dengan di ketuai oleh En. Abu Fadley.
Alhamdulilillah.... Dengan pengalaman dan ilmu yang ada pada Cikgu Abu dapatlah saya tumpang belajar untuk membaik pulih. Sehingga hari ini sebanyak 12 computer sudah boleh berfungsi.
by Jeff
|
Pengalaman Profesional hari ke 15
25 Julai ( Jumaat)Sampai sekolah Jam 7.30 pagi.
Hari ini tiada waktu P&P9.05 - 9.45 Menghadiri Mesyuarat guru di pusat sumber sekolah
Minggu hadapan pegawai PPD akan dating melawat ke sekolah secara berkumpulan.Guru-guru di minta mengemaskini semua fail-fail panatia.
Semua guru SKRCB akan mengadalan LADAP (Lat.Dalam perkhidmatan) di Air keroh esok (Sabtu)
Guru KSPK dan guru pelatih tidak terlibat.
Membuat refleksi
12.05 balik
Pengalaman Profesional hari ke 14
24 Julai ( Khamis)Sampai sekolah Jam 7.30 pagi.Membuat persediaan untuk P&P 11.05 - 12.05 Mengajar Kemahiran Hidup Tahun 4P
Tajuk : Tanaman Hiasan.Pelajar di kehendaki memuat turun gambar-gambar tanaman hiasan yang disenaraikan melalui internet dan simpan dalam folder masing-masing.
Sebahagian besar pelajar boleh mengambil gambar dan simpan dalam folder. Walau bagaimanapun ada sebahagian pelajar terpaksa di bimbing kerana tidak biasa menggunakan komputer dan kurang mahir membaca maklumat pada scrin komputer.
12.50 Mengahdiri mesyuarat untuk aktiviti jejak maklumat. Kami ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti uji minda menggunakan tekasilang kata dalam makmal komputer.
2.05 Balik.
Pengalaman Profesional hari ke 13
23 Julai ( Rabu)
Sampai sekolah Jam 7.30 pagi. Menghadiri senam erobik yang diadakan di padang sekolah. semua guru dan murid terlibat sama.
Hari ini tiada judual waktu mengajar. Menampal pelekat tulisan jawi pada keybord komputer di dalam makmal.
Mencari maklumat untuk sesi pengajaran esok dalam internet.Tetapi talian internet ada masalah sikit. lambat.
Membuat rancangan pelajaran hari khamis
Membantu Cikgu Abu menyelenggara komputer di malmal.
Membuat instilasi semula microsoft office untuk dua buah komputer yang bermasalah.
Balik Jam 2.00 petang..
Pengalaman Profesional hari ke 12
22 Julai 2008 ( Selasa )
1. Sampai ke sekolah pukul 7.30 pagi. Cuaca hari ini Alhamdulillah cerah.
2. Kami bertiga terpaksa mengajar di kelas dan di pusat sumber memandangkan kerja mengganti atap Blok B belum siap sepenuhnya.
3. Saya mengajar Tahun 5B :
MataPelajaran : Kemahiran Hidup. Tajuk : Ikan Hiasan. Bidang : Ikan Hiasan. Masa : 12.35 ptg - 1.35 ptg.
4. Hari ini saya dan kawan-kawan membuat kerja penyelenggaraan komputer. Memastikan Antivirus telah di update Scandisk Defragmenter
5. tepat pukul 2.00 ptg saya pulang kerumah.
Pengalaman Profesional hari ke 11
21 Julai 2008 (Isnin)
1. Sampai sekolah pukul 7.30 pagi.
2. Perhimpunan dimulakan. Pesembahan minggu Sains dan matematik.
3. Guru sains membuat persembahan tentang konsep tekanan
4. Hari ini Tahun 6B belajar dalam makmal memandangkan kerja-kerja menukar atap bangunan Blok B masih belum selesai.
5. kami terpaksa menjalankan proses P & P dalam kelas dan pusat sumber. Kelas 4B : Kemahiran Hidup
: 11.05 - 12.05. : Tanaman Hiasan
Kelas 5b : Kemahiran hidup : 12.05 - 1.05 :
Tajuk Ikan hiasan
6. Membantu guru membuka akaun email (gmail).
7. Sekolah akan mengadakan peperiksaan bulanan pada 5, 6 & 7 Ogos ini. Pihak sekolah meminta kami mengadakan kursus kepada guru-guru berkaitan dengan mail merge. Minta bantuan rakan-rakan yang mahir cara-cara menggunakan mail merge.
8. Pukul 2.000 balik.
Pengalaman Profesional hari ke 10
18 Julai 2008 ( Jumaat )
1. Cuaca hari ini hujan dan mendung.Sampaisekolah pukul 7.40 pagi.
2. Hari ini saya tiada jadual waktu mengajar. Membuat rujukan dan belajar tentang netop.
3. Menulis refleksi.
4. Membantu membuat penyelenggaraan makmal komputer.
5. pukul 12.10 kami betiga pulang kerumah masing- masing.
Pengalaman Profesional hari ke 9
17 Julai 2008 ( Khamis )
1. Sampai sekolah pukul 7.40 pagi.Hari ini hujan sangat lebat.
2. mengajar mengikut jadual yang telah diberi.
3. Membuat perbincangan projek sekolah untuk guru dan murid. Cadangan projek :
a. Database menggunakan excel
b. Membuat laman web menggunakan Microsoft
publiser/Microsoft Fronpage
c. Mail marge
4. Bahagian atas bangunan Blok B masih belum dibetulkan.
5. Tahun 6B masih tinggal dimakmal Komputer buat sementara waktu.
6. Prosoes P&P berjalan tidak berapa selesa kerana 2 kelas dalam satu makmal.
7. Balik rumah pukul 2.05 petang.